Jambori merupakan aktiviti yang sentiasa ditunggu-tunggu oleh setiap ahli pengakap dan merupakan suatu perhimpunan besar-besaran bagi mereka. Dalam Jambori setiap ahli pengakap menjalankan aktiviti kepengakapan dan juga merupakan satu aktiviti yang boleh merapatkan silaturahim dan persaudaraan pengakap. Memandangkan Jambori merupakan aktiviti penting dan merupakan citra bagi pergerakan pengakap, aktiviti ini seharusnya dianjurkan bagi memberi peluang dan pengalaman kepada ahli-ahli pengakap.
Sehubungan itu, Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Kedah mengorak langkah bagi mengumpul ahli-ahli pengakap dari seluruh Kedah dan wakil seluruh negeri dalam Persekutuan Malaysia ke dalam satu aktiviti pengakapan, iaitu LANGKAWI GEOPARK JAMBOREE SEMPENA LIMA 2023.
Pihak Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Kedah amat berharap agar aktiviti ini akan mendapat sambutan dalam kalangan ahli pengakap terutama laut dan udara seterusnya mencapai matlamat seperti yang dihasratkan demi kegemilangan pergerakan pengakap yang merupakan pergerakan sukarela berpakaian seragam terulung dalam negara malah di seluruh dunia.